Menu
Projek: Anchor SPM SinopsisMengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, Pahang yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang berprestij. Aizat, kapten pasukan ragbi yang disegani, bersama Hilmi, iaitu Ketua Pelajar dan Ketua Pengawas yang cemerlang, serta rakan mereka yang hanya dikenali sebagai Botol, adalah rakan karib dan sentiasa bersama di kala waktu susah dan senang.
Sementara itu, Aaidaa, pelajar paling cemerlang akademik STIA yang gemar menyendiri, bersusah payah membantu adik tirinya, Jaja, yang kurang mahir pendidikan, untuk bersedia hadapi peperiksaan terbesar, SPM. Di samping itu, setelah mencuri keluar beberapa kali daripada kampus sekolah pada waktu malam, Aizat akhirnya ditangkap oleh Pengetua Awang, pengetua STIA yang amat tegas.
Pengetua Awang, memberi syarat kepada Aizat supaya tidak dibuang sekolah dan perlu meraih keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM yang sudah hampir. Justeru, Aizat dengan terdesaknya cuba mencari jalan keluar, dan akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa, dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan-rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.
Menu
Projek: Anchor SPM SinopsisBerkaitan
Projek: High Council Projek: Anchor SPM Projek MKUltra Projek IC Projek sempena Paris 2024 Projek M Projek Pistol Projek MILGEM Projek Memikat Suami Projek bantuan kemanusiaan oleh Kerajaan Arab SaudiRujukan
WikiPedia: Projek: Anchor SPM http://www.imdb.com/title/tt14236118/ https://rojakdaily.com/entertainment/article/11747... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2021/... https://www.utusanborneo.com.my/2021/03/14/gabunga...